Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Awas! Sindiket Tarik Kereta Di Kawasan Perumahan


Seorang wanita mendedahkan dirinya hampir menjadi mangsa kepada beberapa penjenayah yang mendakwa diri mereka sebagai agen penarik kereta di Manjung.

Wanita yang hanya dikenali dengan nama Lamin itu mendedahkan, dia didatangi oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya agen kepada Maybank yang telah diarahkan untuk menarik kereta miliknya atas alasan sudah lama tak bayar.

"Kurang ajar punyer orang. Time macam ni pun korang nak buat kerja yer? Berani pulak ko datang rumah cakap nak tarik kereta. Nasib baik aku ni cerdik dan tak panik.

"Teringat macam-macam cara orang nak merompak sekarang ni. Nasib baik pagar rumah berkunci. Aku terus call orang Maybank yang incharges pasal kereta. Orang bank pun terkejut.

'Mana ada nak tarik kereta puan,' kata pihak bank.

"Ofcoz kita pun tahu kita bayar setiap bulan kan. Terus mamat melaun itu blah. 

"Hati-hati yer kawan-kawan di sekitar kawasan Manjung Point, Seksyen 2. Kereta suspek, Proton Satria Neo berwarna putih dengan nombor pendaftaran WRD 8175.

"Diaorang beroperasi jam 12 tengah hari sebab kawasan ini masih sunyi lagi," dedahnya di Facebook sebelum pergi membuat laporan polis di balai berhampiran.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda tidak kira dimana jua mereka berada. Taktik penjenayah seperti ini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Yang penting, usah cepat percaya kata-kata orang yang tidak dikenali.

0 Response to "Awas! Sindiket Tarik Kereta Di Kawasan Perumahan"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.