Pelakon yang semakin popular ini Amar Baharin cedera di bahagian kening kerana ditumbuk sewaktu melakonkan babak pergelutan. Amar baharin dikatakan sedang menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad lalu.
Sewaktu kejadian Amar Baharin mengatakan beliau sedang melakonkan watak pergelutan bersama beberapa orang pelakon tambahan lain. Amar dikatakan ditumbuk salah seorang pelakon baru bernama Redza dan dalam kejadian Amar Baharin tidak sempat menepis tumbukan daripada Redza
Amar mendapat rawatan di Hospital Pakar KPJ Rawang selepas 2 jam kejadian dan doktor memberitahu luka yang amar alami agak dalam dan ia perlu dijahit. Tetapi selepeas 2 jam kejadian baru Amar terasa sakit
Tetapi amar ingin meneruskan lakonan berbaki sedikit lagi drama arahan Rashid Sibir sehingga selesai dan dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut.
Sebelum kesan luka koyak itu pulih doktor menasihatkan amar perlu berehat sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu
Oleh itu Amar menyifatkan kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya dan pada masa akan datang, dia akan memastikan mempunyai teknik dan latihan yang cukup sebelum melibatkan diri dalam babak-babak aksi.
0 Response to "Amar Baharin Cedera Ditumbuk Pelakon Baru"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.