Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mengejutkan seluruh rakyat Johor malah satu Malaysia apabila dilihat berada di gerai makan.
Satu gambar menunjukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar sedang menjamu selera di sebuah gerai kini menjadi viral di laman sosial.
Gambar berkenaan menunjukkan Baginda sedang menikmati sebungkus bihun bersendirian.
Perkara ini boleh dikatakan mengejutkan juga sebab bukan senang seseorang yang berstatus sultan nak makan kat gerai makan yang biasa, apatah lagi cuma bihun bungkus kan?
Perlakuan baginda itu mendapat perhatian bukan sahaja rakyat negeri Johor malah satu Malaysia.
Walaupun riak wajah sering kelihatan serius dan garang namun di hati rakyat Johor Baginda sebenarnya seorang yang baik hati dan mudah didampingi.
Itulah kelebihan Sultan Ibrahim Ismail, walaupun dikatakan antara Sultan yang terkaya di Malaysia, Baginda tetap sempoi dengan gayanya yang tak ubah seperti ‘orang biasa’.
0 Response to "Aksi Sempoi Sultan Johor Di Gerai Makan"
Post a Comment