Keadaan kecoh berlaku di Rembau pagi tadi apabila seorang wanita cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat.
Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, difahamkan mangsa yang mengalami tekanan perasaan bimbang akan kehilangan suaminya yang kini menghidap penyakit kanser tahap empat.
Lebih tragis, dalam situasi penuh cemas itu dua orang awam yang cuba menyelamatkan wanita berkenaan mengalami kecederaan patah kaki gara-gara terjatuh ketika memijak atap genting
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau yang dihubungi bergegas ke tempat kejadian, sebelum berjaya memujuk dan mententeramkan wanita itu.
Wanita yang diselamatkan itu kemudian dihantar ke Hospital Seremban untuk pemeriksaan.
Mangsa merupakan ibu kepada tiga cahaya mata berusia 14, 7 dan 6 tahun.
0 Response to "Akibat Takut Kehilangan Suami, Seorang Isteri Mahu Terjun Bangunan"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.