8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

Setiap manusia inginkan kesihatan yang berpanjangan. Ingin kekal awet muda walaupun di mamah usia. Agak mustahil untuk menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang masalah.



8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

Kadang-kala, masalah kesihatan itu timbul sejak kita baru dilahirkan lagi. Namun, bukan semua orang memiliki kesempurnaan dan kesempurnaan tidak akan lengkap tanpa hidup yang lebih sihat.

Dibawah, terdapat 8 makanan rahsia untuk kekal sihat dan awet muda:

Makan makanan yang di panggang/rebus. Semestinya, makanan yang di panggang atau direbus merupakan cara memasak yang terbaik untuk badan sihat terutamanya ikan. Pengambilan ikan jenis mackerel, sardin, salmon dan dori yang dipanggang atau rebus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik.

Minum kopi. Menurut kajian daripada pakar pemakanan California, mendapati kafein melindungi fugsi otak. Manakala pakar daripada Perancis pula mengatakan wanita yang minum kopi 3 kali sehari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30 peratus. Malah, mereka tidak mengalami masalah ingatan pada usia tua berbanding si bukan peminat kopi.

Ambil vitamin D. Vitamin D membantu penurunan tekanan darah, meningkatkan 'antibody' badan dan melindungi daripada sebarang penyakit kanser serta jantung. Antara sumber vitamin D seperti sinaran matahari pagi, minyak ikan, salmon, tuna dan udang.

Zaitun kombinasi makanan terbaik. Masukkan kekacang, ikan, sayuran dan buahan dalam menu harian bersama minyak zaitun. Pengambilan makanan segar ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dua tahun daripada usia sebenar. Jadi, tukar minyak masak dan mentega roti kepada minyak zaitun.

Makan lebih banyak sayur. Gantikan snek pada waktu lapang anda kepada salad segar atau buah-buahan. Belilah sayuran dan buahan yang masih segar. Bersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais. Ia bertujuan untuk mengelakkan kerosakan vitamin yang ada dalam bahan makanan tersebut.

Nikmati teh hijau. Pakar pemakanan China mengatakan, seseorang yang minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang minum teh biasa. Tambahkan hirisan lemon bersama teh untuk memberi kekuatan pada badan melawan penyakit.

Kawal pengambilan gula dan garam. Tanpa kita sedari, gula dan garam merupakan lemak jahat yang mampu menyumbat arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Jadi, anda perlu mengawal pengambilan gula dan garam setiap hari.

Elakkan makanan dalam tin. Makanan diproses dalam tin mempunyai bahan kimia yang banyak bagi mengelakkan makanan itu cepat rosak. Memang ia menyenangkan kerja anda, tetapi ia membahayakan kesihatan anda juga.

0 Response to "8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda "