1) Tidur Gaya Bebas.
Tidurlah dengan berapa biji bantal, tak ada bantal ke tetap sama. Tak ada nak merengek atau pun bangun esok pagi ‘complaint’ sakit tengkuk.
2) Fesyen Bebas.
Boleh pakai seluar dalam dan selipar sahaja walaupun dikhalayak ramai. Cuba kalau korang pakai macam tu, tak payah pakai masa ‘shopping’, cuba pakai berdiri depan rumah cukup, setengah jam lepas tu mesti ada ambulan dan polis datang rumah sebab ingat orang gila.
3) Boleh Bergaya Seperti ‘Superman’
Ingat lagi tak? Masa korang jadi kanak-kanak riang, korang pakai kain batik mak dekat leher atau masukkan kain kat belakang kolar baju buat-buat macam Superman. Cuba sekarang masa saja-saja duduk rumah tengah mak ayah dan adik beradik yang lain ada korang buat macam tu? Korang try jer lah buat.. Nanti dah buat komen kat sini ok?
4) Makanan dan Menu Yang Sama.
Boleh makan makanan yang sama dari sarapan, makan tengah hari dan makan malam selama dua minggu berturut-turut tanpa mengadu dan banyak soal.
5) Beritahu Orang Tengah Buat Pekerjaan ‘Sulit’.
Pekerjaan ‘sulit’ atau ‘peribadi’ atau kiasannya masa korang kat dalam toilet lah. Mesti orang tetap anggap korang comel walaupun korang tengah buang air besar. Cuba sekarang, kalau diorang tahu korang balik dari tandas, tangan basah-basah mesti orang akan pulaukan korang.
6) Pengkritik Bebas
Jujur kami tanya, kalau kawan korang pakai T-shirt warna kuning, pakai spek, minta pendapat korang. apa korang cakap? Mesti korang pening nak susun ayat kan? Tapi budak-budak ini ‘simple’ je dia jawab ,” Kenapa pakcik pakai baju macam Spongebob. Eh tak… Pakcik nampak macam Nobita lah!”
7) Pujuk Orang Ramai Untuk Dengar Dia Menyanyi.
Kalau korang merupakan seorang penyanyi yang terpilih dalam rancangan realiti TV sekalipun, belum tentu ada orang nak atau suka dengan nyanyian dan suara korang. Cuba kalau budak kecil, hanya nyanyi lagu tepuk amai-amai, dah berapa ramai yang suka siap rakam lagi.
8) Muat Masuk Badan Dalam Besen Sayur.
Hahahha kadang-kadang dalam tab mandi pun bukan semua orang dewasa muat masuk kedalamnya. Tapi berbeza dengan budak kecil, dalam besen sayur pun diorang boleh muat tau.
9) Dipuji Hanya Melukis Orang Lidi.
Kamu seorang kartunis? Pernah atau tidak karya kamu dikritik atau dikoyakkan depan-depan sebab tak mengikut kepuasan hati orang-orang tertentu? Tapi, cuba kalau seorang budak kecil lukis orang lidi, ayat pertama yang keluar “Wah cantiknya, pandai anak mama”..
10) Penuhkan Memori Telefon Dengan Gambar Lubang Hidung.
Kalau kita amik gambar selfie sampai penuh album pun ada orang tak suka. Tangkap gambar makanan pun ada orang cakap berlagak, tangkap mimik ‘duck face’ kena kutuk, tapi budak-budak tangkap gambar lubang hidung pun tetap nampak comel. Paling tidak munasabah sekali, boleh sampai penuh memori telefon.
11) Tidur Lintang Pukang.
Cuba kalau korang tidur ganas atau lasak, kalau tak kena tegur mesti korang dah tergolek bawah katil. Cuba tengok budak-budak. Tetap comel walaupun kaki dia naik atas muka mak atau ayah.
12) Senang Dapat Sampel Makanan.
Kadang-kadang bila korang pergi ‘supermarket’ kan, ada setengah ‘promoter’ neh pilih bulu. Walaupun korang banyak duit, tak hadap pun ‘makanan free’ tu, mereka akan buat-buat pandang tempat lain bila nampak ‘korang’ pakai selipar je. Cuba tengok budak kecil. Kadang-kadang budak tu tak nak pun, dia beriya-iya kasi biskut, susu dan sebagainya. Siap bagi ‘extra’ lagi.
13) Suka Membeli Belah.
Tak ramai orang dewasa yang suka membeli belah barang-barang dapur. Tapi, seronok jadi budak-budak, bukan sahaja boleh masuk dalam troli, malahan boleh mintak macam-macam lagi. Kalau tak dapat, buat-buat baring atas lantai, menangis dan sebagainya kelakuan-kelakuan yang tidak boleh dilakukan oleh orang dewasa.
Nota dari penulis: Perkataan ‘baby’ diatas merujuk kepada kanak-kanak yang berusia 3 Tahun kebawah. Walaupun maksud ‘baby’ itu adalah bayi(berusia 1 tahun kebawah)
0 Response to "13 Perkara Yang Boleh Dilakukan Oleh ‘Baby’ Tapi Kita Tak Boleh Buat"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.