Dah lama bercinta, rasa macam nak kahwin. Tapi, korang tak berani nak tunjuk muka depan keluarga si dia.
Rasanya, situasi begini common kot untuk pasangan yang teringin untuk berumahtangga. Bila sampai masa nak jumpa keluarga si dia, kecut-kecut perut memikirkan soalan apa yang bakal ditanya oleh orang tua buah hati korang. Betul tak?
Jadi, siapa yang tengah dalam dilema tu, jom tengok soalan favourite yang selalu ditanya oleh bakal mertua korang.
Pandai Masak Tak?
Ini merupakan soalan lazim bagi bakal menantu perempuan. Biasalah, ibu bapa mana yang tak risau nak bagi anak bujangnya pada orang lain.
Kalau boleh, biarlah si isteri nanti menjaga kebajikan suami seperti ibu bapa mereka.
Kerja Pangkat Apa? Government Ke Swasta?
Ini kira soalan paling klisè dari seorang bakal bapa mertua. Penting tau untuk jawab soalan ni.
Gaji Berapa? Cukup Nak Bagi Makan?
Rumah Dah Ada?
Kalau bakal ayah mertua korang tanya soalan ni, jawab jela yang korang baru apply Skim Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) tu.
Bukan apa, jujur lebih baik. Hihi.
Kenapa Kau Suka Anak Pakcik?
Selalu girlfriend atau boyfriend korang je tanya soalan begini kan? Hah, sekarang bakal mertua korang yang tanya.
Itulah, lain kali kalau si dia tanya, korang jawablah. Sebenarnya dia suruh korang practice jawapan yang bakal ditanya oleh parents mereka.
Boleh Imamkan Solat Maghrib Kita Hari Ni?
Hmm, orang kata peluang datang sekali je. Masa inilah nak tunjukkan yang korang tu memang calon suami membawa ke syurga.
Anak Aku Ni, Bini Nombor Berapa?
Biasalah, soalan macam ni memang kerap ditanya. Maklumlah, ibu bapa mana yang nak lihat anaknya menderita kerana dimadukan.
Mungkin korang boleh menuntut dengan Ashraf Muslim dulu kalau ada niat nak pasang isteri lebih dari satu. Hehe.
Apa Yang Specialnya Anak Pakcik Ni?
Kenapa Nak Kahwin Cepat Sangat Dengan Anak Pakcik?
Kahwin muda bukan alasan untuk tak bahagia. Betul tak?
Lepas Kahwin Nak Bulan Madu Kat Mana? Boleh Pakcik Ikut?
Okay! This is scary. Untuk selamatkan korang, jawab je memang dah niat nak hadiahkan pakej percutian bersama lepas kahwin nanti. Haha.
Kalau dah mati akal sangat nak jawab semua pertanyaan bakal mertua, korang sediakan pantun macam ni. ‘Kasih ibu kasihnya Layla, eh takde hal lah
0 Response to "10 Soalan Dari Bakal Mertua Yang Paling Digeruni"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.