Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Tumbuhan Liar Di Tepi Rumah Ini Sebenarnya Berkhasiat Tinggi?



Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.


Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.

Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.



Pengalaman admin sendiri pernah menggunakan pokok ini semasa di zaman sekolah sewaktu di asrama. Biasalah di asrama semua benda kongsi-kongsi dan pelbagai benda la melekat kat badan ni. Terjadi sekali terkana jangkitan kayap dekat betol-betol mata nak sapu ubat kimia takut sebab racun kan. Datang la seorang hamba ALLAH ini bagi petua, dia cakap ambik pokok ketumpang tumbuk dan sapu dekat tempat kayap tersebut. Alhamdulillah dua hari sapu kering dan 5 hari lepas itu lega tinggal parut je.

Memang berkesan. Apa lagi habis semua kawan-kawan dekat hostel pakat cabut pokok tersebut untuk cuba. Untuk pengetahuan semua pokok ini juga sedap dibuat sayur goreng kerana tidak pahit dan sedap. Selain dimasak boleh juga direbus dan minum airnya.


Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.

  • Merawat Gout 
  • penawar sakit sendi dan perut
  • jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
  • cirit-birit
  • batuk
  • Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
  • Buasir
  • selsema
  • jangkitan pada pundi kencing
  • Kayap
  • Darah tinggi
  • Kencing manis

Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan. Jadi lepas ni kalau pokok ini tumbuh jangan cabut buang yer, cabut wat sayur goreng, jimat duit.

0 Response to "Tumbuhan Liar Di Tepi Rumah Ini Sebenarnya Berkhasiat Tinggi?"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.