Dua remaja berusia 15 dan 14 tahun telah bertindak kejam dengan wanita 87 tahun apabila sanggup menyerang serta merogol seorang wanita warga emas itu.
Tidak cukup dengan itu, dua remaja yang dikenali Ruben Jose Melanson dan Raymond Michael Miranda turut mendera dan mencurahkan dua botol peluntur ke atas badan serta leher warga emas itu.
kejadian yang berlaku pada bulan April tahun lepas, remaja berkenaan telah memecah masuk ke dalam sebuah kompleks warga emas ketika mangsa sedang tidur. Kemudian, mereka mengikat wanita tua terbabit lalu melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.
Mangsa berjaya menekan loceng dan dia diselamatkan oleh pasukan paramedik yang terpaksa menggunakan kaedah CPR ke atasnya.
Mangsa telah menghadiri perbicaraan kes di mahkamah bagi memberikan keterangan dengan terpaksa menggunakan kerusi roda.
““Saya mahu mereka melihat saya. Saya mahu mereka mengingati saya kerana mereka sudah memecah masuk ke dalam pangsapuri saya dan merampas kebebasan saya. Anda telah melakukan perbuatan keji,” katanya.
0 Response to "Remaja Rogol Wanita 87 Tahun ??!!"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.