Ais Krim pasu merupakan salah satu fenomena baru di Malaysia. Rata rata ramai yang suka mencuba disebabkan hiasan nya yang unik.
Terbaru, salah satu post di laman sosial mengatakan, Penggemar Ais Krim Pasu berisiko mendapat KANSER. Dari post tersebut yang memetik sumber pakar pemakanan mendakwa pasu yang digunakan untuk meletakkan ais krim tersebut diperbuat daripada bahan Chemical Grade dan buka Food Grade seperti makanan biasa.
Chemical atau bahan kimia yang terdapat pada pasu terbabit tidak mudah dibersihkan dengan air dan sebarang perubahan suhu boleh mengubah kandungannya.
Kalau dilihat pada pasu yang digunakan, pasu tersebut seperti ambil dari bekas pasu dan bukannya bekas makanan. Seeloknya sebelum memasukkan aiskrim, masukkan dulu plastik atau cawan kertas di dalam supaya ada alas dan lebih terjaga kebersihannya.
Apa pendapat anda? Berani tak nak mencuba aiskrim pasu lagi selepas ini?
0 Response to "Penggemar Ais Krim Pasu Berisiko Tinggi Hidap Kanser???!!"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.