Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Padah !! Nyaris Hilang Zakar Akibat Goda Rakan Isteri !!



Gara-gara cuba memikat kawan baik isteri sendiri, seorang lelaki warga emas hampir kehilangan zakarnya akibat digigit sehingga putus oleh wanita terbabit yang marah diajak melakukan hubungan seks di sebuah taman bunga.

Kejadian malang tetapi lucu itu dilaporkan berlaku di Chisinau, ibu negara Moldova; sebuah negara kecil Eropah antara Ukraine dan Romania; apabila mangsa, Florin Ionita, 53 tahun, selesai berkelah dengan isterinya, Maria, 49 tahun.
Mangsa ditemui isterinya sedang terbaring dengan seluar melurut dan masih memegang batang kemaluannya yang berdarah sambil mengerang kesakitan selepas diserang spontan wanita itu yang berang akibat digoda lelaki terbabit.
“Kami sebelum itu berkelah di taman bersama rakan-rakan dan kemudian saya menghantar beberapa kawan ke rumah menggunakan kereta saya, meninggalkan suami dengan seorang rakan saya berdua-duaan di taman,” kata Maria.
Apabila kembali ke situ, dia mendapati suaminya dalam keadaan berlumuran darah dan memintanya segera menghubungi ambulans, namun Maria yang curiga melihat keadaan Florin mendesak lelaki itu menceritakan perkara sebenar.
Mangsa akhirnya mengaku cuba memikat rakan baik Maria dengan membuka seluar dan menunjukkan zakarnya yang tegang untuk mengadakan persetubuhan tetapi wanita itu bertindak balas menggigit kemaluan lelaki tersebut.
Walaupun sudah memaafkan perangai ‘gatal’ suaminya, Maria kesal lambat menelefon ambulans manakala rakannya itu membuat laporan polis atas dakwaan Florin melakukan perbuatan tidak senonoh berbaur lucah secara terbuka.
Polis berkata, pihaknya akan menyoal siasat Florin sebaik lelaki itu sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, malah jika terbukti cuba bertindak sedemikian, dia pula boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

0 Response to "Padah !! Nyaris Hilang Zakar Akibat Goda Rakan Isteri !!"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.