SEBUT sahaja empunya nama Sharifah Sakinah pastinya ramai peminat hiburan mengetahui bintang sensasi itu bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi.
Bagaimanapun, menjelang beberapa hari lagi sebelum pernikahannya Sharifah Sakinah membuat keputusan untuk tidak membenarkan sebarang liputan media dibuat pada hari dia dan bakal suami, Aliff Adha diijabkabulkan.
Menurut Sakinah, dia dan pasangannya mahukan detik itu dilalui dengan tenang dalam majlis tertutup yang hanya dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
“Bukan kerana saya tidak mahu berkongsi dengan media dan peminat, cuma saya tidak mahu majlis tersebut jadi kelam kabut dan masa bersama keluarga serta rakan-rakan terjejas. Kalau boleh, saya mahu mereka semua berada di sisi saya dan berkongsi perasaan ketika itu.
“Saya dah pernah lalui ketika kakak saya dan rakan artis lain terlalu sibuk selepas majlis akad dengan sesi temuramah media sehingga tiada masa untuk keluarga dan rakan yang datang. Saya tidak mahulah jadi begitu kerana selepas akad nikah kami semua akan pergi makan bersama-sama,” katanya.
Dalam pada itu, Sakinah memberitahu dia tetap akan berkongsi hari bahagianya bersama pihak media pada majlis resepsi yang bertempat di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 4 April ini.
Sharifah Sakinah dan jejaka pilihan hatinya, Aliff Adha Jamil bakal disatukan pada 28 Mac ini.
0 Response to "Media Dilarang ‘Cover’ Majlis Nikah Sharifah Sakinah !!??"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.