Lisa Berhenti Rehat Dari Bidang Lakonan?



Berita mengenai kehamilan Lisa Surihani telah menjadi bualan hangat di kalangan peminat setia pelakon itu yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular, Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012.

Lisa yang kini sedang hamil cahaya mata sulung, mengambil keputusan untuk berehat seketika dari bidang lakonan untuk memberikan perhatian terhadap proses kehamilannya.
“Saya tak nak kata putus. Segala-galanya pun kena cek dengan doktor. Sekiranya tidak ada apa yang berlaku dan saya rasa macam ada kekuatan untuk melakukan apa sahaja dan sebab itulah saya tak nak ada kata putus lagi.
“Untuk masa sekarang saya memang tak melakukan sebarang penggambaran filem sebab nak berhati-hati tapi Yusry hari itu bagi team production masuk dan melakukan penggambaran di rumah. Katanya nak bagi saya supaya tidak terlalu rindu untuk berlakon dan melakukan penggambaran,” katanya memetik portal Rotikaya.
Pastinya peminat pasangan sama cantik sama padan ni dah tak sabar nak tengok Lisa dan Yusry Jr. kan.
Yang pasti anak mereka itu nanti mesti secantik mummy atau sekacak daddy nya nanti!
Tak sabar nak tunggu! Hehe

0 Response to "Lisa Berhenti Rehat Dari Bidang Lakonan?"