Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Hantu Raya Dan 9 Tanda Orang Yang Membelanya!

Hantu Raya Dan 9 Tanda Orang Yang Membelanya!. Pasti ramai diantara kita yang selalu dengar tentang Hantu Raya bukan?


Pasti ramai diantara kita yang selalu dengar tentang Hantu Raya bukan? hantu raya sering dikaitkan dengan orang dulu-dulu dimana hantu raya di bela untuk tujuan pertanian dan membantu tuan nya dalam apa jua masalah.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya. 
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. 
Menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria, antaranya:

Hantu Raya Dan 9 Tanda Orang Yang Membelanya!

  1. Takut bertentang mata apabila bercakap
  2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
  3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
  4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
  5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
  6. Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu
  7. Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
  8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
  9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri.
Wallahualam

0 Response to "Hantu Raya Dan 9 Tanda Orang Yang Membelanya!"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.