Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Hanis Zalikha Kini Bertudung??!!




WANITA hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. #Alhamdulillah bakal tunang saya sudah berhijab #1March2015 – demikian status diberikan Hairul Azreen pada gambar Hanis Zalikha yang dimuatnaik di Instagram miliknya hari ini.


Namun ternyata niat utama pelakon dan blogger popular ini menutup aurat ialah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya selain juga kerana tuntutan agama, bukannya demi Hairul Azreen semata-mata.

Untuk makluman, Hanis telah pun menimbang hasrat untuk menutup aurat ini beberapa bulan sebelum ini. Katanya:-


Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama. Saya taknak ulas banyak=banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan, ini (berhijab) adalah doa dan galakan ibu bapa saya.
Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Pernah juga saya cuba-cuba belajar dengan bertudung bila keluar dengan mereka cuma saya tak ambil gambar dan berkongsi kepada umum. Hari ini (semalam) saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru.
Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekrang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit.

Tahniah buat Hanis Zalikha!! Semoga terus istiqamah. Amin

0 Response to "Hanis Zalikha Kini Bertudung??!!"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.