Georgetown: Dua suspek sempat bersorak dan menjerit kerana terlalu gembira selepas menembak mati seorang lelaki dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Scotland, di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mereka dikatakan tersilap sasaran kerana menembak mati pemandu kenderaan sedangkan sasaran yang sepatutnya ditembak berada di tempat duduk penumpang dan menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari kenderaan itu.
Difahamkan, sasaran utama mereka pemilik restoran berusia 54 tahun dan sebelum ini pernah ditembak ketika baru sampai di rumahnya di Taman Inderawasih, Perai, dekat sini, tahun lalu.
Dalam kejadian bermotifkan dendam itu, mangsa terselamat dan berpatah balik ke restorannya yang terletak 500 meter dari rumahnya.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak berakhir di situ apabila suspek membalas dendam dengan menetak tangan adik ipar pemilik restoran berkenaan hingga putus.
Sumber : Harian Metro
0 Response to "Gembira Tak Tahu Salah Tembak"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.