Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Budak Perempuan Memperlekeh Lelaki Kerja Kilang !!



Dulu sudah ‘viral‘ dengan isu seorang ‘cikgu’ wanita yang memperlekeh kaum adam yang tidak bergaji besar di laman sosial, sekarang muncul pula seorang perempuan menghina lelaki yang berkerja kilang.

Macam-macam hal, dah tahu laman sosial itu merupakan medan sesuatu benda untuk menjadi ‘viral’ atau terkenal, lagi mahu mengeluarkan ‘statement’ panas lagi menyirapkan kaum lelaki.
Menggunakan nama ‘Awan Dania’ di laman sosialnya, perempuan itu telah mengeluarkan kenyataan panas yang menyatakan lelaki yang bekerja di kilang merupakan golongan ‘low-class.
Budak perempuan itu turut mendakwa hanya golongan terencat sahaja yang kerja di kilang dan tidak layak untuk dirinya.
Agaknya dia tak tahu dan tak terfikir mungkin yang lelaki-lelaki  kerja dalam semua jenis kilang itu kebanyakannya bos, manager, supervisor, dan banyak lagi jawatan-jawatan tinggi.
Yang ada dalam kepala gadis berfikiran sempit ini hanya kuli agaknya, kuli pun satu pekerjaan yang mulia jika ada yang tak tahu.
Sudah-sudahlah memperlekeh punca rezeki orang atau menghina pangkat darjat seseorang tak kisahlah lelaki mahupun perempuan, akhirnya nanti kita semua sama sahaja di sisi tuhan.
Kepada gadis-gadis yang tak mahu ‘dingorat’ dengan abang-abang kilang tu, pergilah cari kerja kat tempat lain, jangan ada yang kerja kilang juga.

0 Response to "Budak Perempuan Memperlekeh Lelaki Kerja Kilang !!"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.