Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Amalan Memakan Uri Bayi Untuk Kekal Cantik– Kau Mampu?



Perbuatan memakan uri bayi semakin menular di kalangan ibu yang baru bersalin di negara-negara luar Eropah seperti di Singapura walaupun ianya diharamkan oleh Kesatuan Eropah (EU).

Dalam satu undang-undang yang baru digubal pada awal September lalu, Badan Keselamatan Makanan Eropah (Efsa) telah mengelaskan uri atau plasenta sebagai“makanan pelik” sekaligus mengharamkan penjualan serta penggunaannya sebagai makanan.
Malah, pihak yang memandai-mandai menawarkan khidmat mengkapsulkan plasenta akan turut sama diheret ke muka pengadilan atas kesalahan menjual bahan aneh sebagai makanan secara haram.
placenta
Plasenta yang telah kering dan dikapsulkan.
Dalam satu laporan pihak AsiaOne di Singapura, kegilaan memakan uri bayi bagi tujuan kecantikan ini bukanlah sesuatu yang dilakukan secara tersorok.
Terdapat ramai pengamal kesihatan tradisional, bidan serta pakar materniti sedia menawarkan servis menukar plasenta menjadi bentuk kapsul oleh kerana permintaan tinggi di Kota Singa itu.
Menurut seorang ibu baru yang bercitarasa eksotik, Wendy Sia,29, beliau telah diperkenalkan kepada amalan itu oleh ibu mertuanya.

“Pada awalnya gerun juga, tapi selepas dua minggu mengamalkan pil plasenta ini, ramai yang memuji kulit saya semakin bersinar,” kata Wendy.

Kepada yang betul-betul nak tahu,“Satu plasenta cukup untuk menghasilkan 150 ke 200 kapsul, bergantung kepada saiz. Harganya pula dalam lingkungan SGD300,” jelas Yeo Chuan Hong, 41, pengurus sebuah pusat perubatan alternatif terkemuka di republik berkenaan.
jerky
Uri ‘salai’ ala daging dendeng. Ada bran?
Menurut Yeo lagi, amalan memakan uri juga amat baik untuk menangani masalah meroyan yang biasa dihadapi wanita baru bersalin.
Geli melihat rupa uri tapi gatal mahu cuba? Terdapat beberapa resipi di Internet yang anda boleh buat sendiri di rumah di masa senggang.
Kalau anda rasa leceh untuk telan ubat, plasenta itu boleh dikeringkan di dalam ketuhar dan dipotong kepada kepingan untuk dijadikan snek ala-ala daging dendeng Minang, menurut satu resipi daripada laman web www.mothers35plus.co.uk.
Yang berjiwa ‘hardcore’ mungkin boleh campurkan uri yang telah direbus ke dalam tuna, sapukan pada roti dan terus “Ngaaaaaap”….-

0 Response to "Amalan Memakan Uri Bayi Untuk Kekal Cantik– Kau Mampu?"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.