Berikutan video ugutan mahu menyerang mahkamah baru-baru ini, pelakon jelita, Nora Danish mengakui dia trauma untuk keluar dari umah.
Difahamkan buat masa ini Nora lebih senang menghabiskan masa di rumah sekiranya tiada sebarang urusan penting dan hanya akan keluar ditemani oleh ahli keluarga atau pun teman rapatnya.
“Kes itu memang menakutkan sehingga saya berasa takut untuk keluar rumah dan sekiranya perlu berbuat demikian saya akan pastikan ada orang menemani saya.
“Atas sebab itu juga saya buat laporan polis tempoh hari kerana bimbangkan keselamatan diri saya,” ujar aktres berusia 33 tahun ini kepada portal mStar.
Sebelum ini, satu video berdurasi lebih kurang seminit menampilkan empat lelaki bertopeng hitam tersebar luas di media sosial.
Dalam video tersebut salah seorang daripada lelaki bertopeng tersebut memegang kertas yang tertera gambar Nora Danish sambil mengancam mahu menyerang mahkamah, pada 18 Februari lalu.
Ketika ditanya mengenai perkembangan kes tersebut, Nora menyatakan dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.
0 Response to "Nora Danish Trauma Keluar Rumah Ekoran Video Ugutan"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.