Kerana taksub dengan kostum adiwira Green Lantern,seorang lelaki dipakaikan kostum berkenaan pada dirinya selepas dia mati.
Semasa hayatnya, Garcia amat popular di bandar tempatnya menetap kerana sering bersiar-siar memakai kostum adiwira tersebut.
Perkara ini diputuskan oleh keluarga lelaki berkenaan yang mahu mayat Renato Garcia, 55 tahun diawet dan dipakaikan kostum adiwira itu.
Kejadian yang berlaku di San Juan, Puerto Rico ini mendapat perhatian ramai yang mahu melihat mayat lelaki berkenaan.
Menurut keluarganya, kostum itu ditemui dalam sebuah kotak berhampiran tong sampah beberapa bulan lalu.
Sejak itu ia sentiasa dipakai Garcia hinggalah dia meninggal dunia akibat penyakit lelah yang sudah lama dihidapinya.
Mayatnya diletakkan dengan keadaan berdiri suatu tempat berpenjuru di rumah adiknya, dimana mayat tersebut dipakaikan cincin yang menjadi kuasa bagi watak Green Lantern itu.
0 Response to "Mayat Dikebumikan Dengan Kostum Adiwira"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.