Ibu Tergamak Bunuh Anak Sebab Malu Telinga Besar
UmFab
Seorang wanita tergamak membunuh anak lelakinya hanya kerena budak itu mempunyai telinga yabg besar. Kejadian pembunuhan itu mengejutkan penduduk di Turki.
Wanita itu, Nuray Sacan, 37 mencekik leher anaknya yang berumur10 tahun dengan skaf ketika di dalam bilik air wanita di Hospital Gazi setelah budak itu menjalani pembedahan kosmetik.
Wanita itu berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan pembedahan berkenaan yang menjadikan telinga anaknya lebih besar.
Dia bagaimanapun telah berjaya ditangkap setelah kereta yang dipandunya merempuh kenderaan lain ketika cuba melarikan diri dri hospital.
“Kedua-dua telinganya menjadi lebih besar selepas pembedahan berkenaan.
“Dia menjadi sangat hodoh. Dia akan berasa malu di depan kawan-kawannya jadi apa yang saya lakukan ini dapat menyelamatkan anak saya daripada dimalukan seumur hidupnya,’’ katanya ketika mengaku melakukan perbuatan jenayah berkenaan.
Doktor yang melakukan pembedahan tersebut, Dr Metin Yilmaz berkata, pembedahan itu sangat mudah dan ia berjaya dijalankan.
“Budak itu dibenarkan pulang dan tidak timbul sebarang isu selepas pembedahan tersebut,’’ katanya.
0 Response to "Ibu Tergamak Bunuh Anak Sebab Malu Telinga Besar"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.