Azwan Ali mendedahkan dirinya disihir seorang artis berperwatakan lembut yang pangkal namanya bermula dengan huruf J di laman instagram peribadinya.
teka teki, rasanya siapa pula J yang dikaitkan menyihir Diva AA ni?
Menerusi laman Instagram Azwan mendedahkan, dia menderita sakit disebabkan perbuatan sihir oleh rakan artis terbabit.
Menerusi kata kata Azwan Ali menerusi portal Oh Bulan,
“Kepada si pembuat sihir saya, muhasabahlah! Tuhan dah bagi macam-macam bala, musibahkan? Kau masih nak bermain sihir dengan aku. Sungguh jijik perbuatan. Dah berapa kali saya pergi Umrah saya balik saya kena sihir dengan ular jadian masuk dalam rumah saya. Tapi baru ni tiada ular, tiada biawak, tiada apa.
Saya sakit kaki dah 3 bulan dah. Tuhan suruh kita berikhtiar. Kalau kita kena benda-benda tak elok ni kita kena jumpa pakar untuk membuang bisa-bisa tu dan saya telah melakukannya. Biarlah orang nak ketawakan saya. Saya nak bersyukur kepada Allah SWT, begitu ramai followers saya di Instagram yang mendoakan supaya sembuh.”
“Jangan tanya mana saya dapat maklumat ni, tapi dengan kuasa Allah SWT, saya dah tahu perbuatan durjana artis ni. Artis ni sebenarnya seorang artis lelak yang lembut, yang kononnya serba boleh. Tak tahu apa masalah dia, yang dia sibuk nak sihirkan saya, hantar segala bisa-bias di kaki saya.
“Saya tak perlu buktikan, tapi kalau saya buktikan, hancur luluh karier dia. Dia boleh buat apa sahaja ke atas Azwan Ali di atas dunia ni, Allah SWT maha mengetahui. Saya ada bukti termasuk beberapa pengamal perubatan Islam yang mengubati saya dan mengesahkan artis ni lah punya kerja,” katanya, memetik portal Ohbulan.
Apapun, kami doakan semoga Azwan Ali cepat sembuh ya. Agaknya siapa lah artis huruf J tu??
0 Response to "Azwan Ali Dakwa Artis Bapok Tua Nama J Sihirkan Dia!"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.