Memang payah jadi selebriti lebih-lebih lagi kalau selebriti perempuan. Macam-macam sungguh orang mengata dia. Terbaru dilihat membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO), Che Ta yang baru sebulan lebih melahirkan Aaisyah Dhia Rana dikatakan telah melanggar pantang. Pelik-pelik kan? Mesti pening kepala kalau jadi Che Ta. Semua benda yang dibuat jadi masalah negara.
Sebenarnya dunia sekarang dah moden dan sudah terbukti melalui kajian pun yang lepas bersalin kalau rasa diri sihat boleh je keluar. Tak perlu nak duduk rumah je. Kata Che Ta:-
Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan. Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya ‘pantang orang ajak’ adalah.. hahaha.Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..
Lagipun ini bukan pertama kali Che Ta berpantang. Mesti Che Ta tau yang terbaik untuk dirinya. Apapun, menegur pun janganlah sampai sakitkan hati orang. Sumber Mstar Online.
0 Response to "Membeli Belah Di JPO, Rozita Che Wan Nafi Tak Jaga Pantang"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.