Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Mangsa culik ditemui mati



Kuala Lumpur: Mayat seorang peniaga kecil berusia 30 tahun ditemui berhampiran sebuah kilang pasir di Bidor, Perak selepas mangsa dikatakan diculik oleh sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang pada 12 November lalu.



Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mayat lelaki berketurunan campuran India dan Myanmar ditemui selepas polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di Hospital Banting, Selangor pada 20 November lalu.


"Mangsa diculik dihadapan isteri dan anaknya pada jam 6.10 petang di Pusat Bandar Utara, Sentul oleh empat suspek ketika mangsa berada di dalam warung kopi yang juga dijadikan tempat kediamannya.


"Siasatan awal mendapati isteri mangsa ada menerima panggilan telefon yang meminta bayaran wang tunai berjumlah RM2 juta dimasukkan ke dalam akaun bank sebelum mayat mangsa ditemui hari ini," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.



Beliau berkata, kerja mengeluarkan mayat kini sedang dijalankan pegawai dan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan pasukan patologis Hospital Ipoh, Perak.

0 Response to "Mangsa culik ditemui mati"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.