Syarikat pemborong, IWC Aquastic memutuskan untuk memberikan secara percuma ketam berbulu kepada rakyat Malaysia untuk dinikmati.
Kali ini tawaran dibuka kepada semua kaum selepas Oktober lalu, pemberian ketam berbulu hanya dibuka untuk kaum Cina sahaja hingga mencetuskan isu rasis.
Menurut pengurus IWC Lim Tiong Yuan,pemberian ketam berbulu percuma ini bakal dibuat di NSK Trade City, Kuchai Lama.
“Pemberian itu akan berlangsung sehingga 26 Disember ini dari jam 2 petang hingga 5 petang,” katanya kepada portal The Rakyat Post.
Namun demikian untuk memastikan agihan berlancar lancar, mereka yang ingin mendapat ketam percuma perlu menunjukkan kad pengenalan bagi mengesahkan kewarganegaraan mereka, juga mengelakkan kekeliruan.
Ketika agihan sebelum ini dibuat, setiap orang diminta menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan mereka merupakan kaum Cina sebelum diberikan seekor ketam berbulu.
Salah seorang kakitangan syarikat memberitahu, pemberian tersebut dilakukan kepada kaum Cina sahaja kerana ia merupakan tradisi buat mereka memakan ketam berbulu.
Tambahnya lagi, ia biasa dilakukan bersempena musim luruh di China yang mana ketam berbulu telah matang dan menjadi santapan istimewa masyarakat sana.
Buat yang kepingin menikmati hidangan tersebut, bolehlah dapatkannya secara percuma di NSK Trade City, Kuchai Lama.
Namun buat penganut Islam, pastikan ia halal sebelum menjamahnya!
0 Response to "Ketam Berbulu Diberikan Percuma Kepada Rakyat Malaysia?"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.