ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia malam tadi disyaki akibat jangkitan kencing tikus.
Amirah Maisarah Zir Omar Khan, anak sulung daripada tiga beradik meninggal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas dimasukkan ke hospital sejak Rabu lepas kerana demam panas.
Dua adiknya Nur Syazana, 5, dan Zaharah Alisa, 3, turut mengalami simptom yang sama.
"Hari Rabu dia dibawa semula ke hospital dan dimasukkan ke hospital dan meninggal pada Jumaat pukul 11.47 malam," katanya ketika ditemui di HSB hari ini.
Norlaila berkata, ketiga-tiga beradik itu dan ibu bapa mereka pergi ke sebuah pusat rekreasi di Yan pada 20 November lepas.
"Nor Syazana masih dirawat di hospital selepas disahkan positif jangkitan kencing tikus oleh sebuah pusat perubatan swasta sementara Zaharah Alisa akan dibawa ke hospital petang ini," katanya.
Usaha menghubungi pihak hospital dan Jabatan Kesihatan negeri bagi pengesahan kes itu masih gagal mendapatkan sebarang maklum balas. - BERNAMA
0 Response to "Kanak-Kanak Meninggal Disyaki Dijangkiti Kencing Tikus"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.