Kuala Lumpur: Seorang wanita ditemui mati berhampiran Stesen Batu 3, pagi tadi, dipercayai dirempuh kereta api dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi, mangsa tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan terbaring dan kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa dipercayai memasuki kawasan itu melalui lubang pagar yang sudah dipotong.
Menurutnya, siasatan mendapati kereta api itu sudah membunyikan hon beberapa kali sebelum kejadian itu.
"Mangsa dipercayai melompat ke landasan sebelum dirempuh," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
"Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.
0 Response to "Wanita maut dirempuh kereta api"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.