Kreatif namun menjelikkan. Itu taktik yang digunakan seorang wanita untuk mencuri wang.
Kejadian unik ini berlaku di Darmstadt, Jerman apabila seorang wanita yang berpura-pura sedang membuat pembayaran di kaunter, memicit payudaranya bagi memancutkan susu ke arah kakitangan untuk mengalih perhatian sebelum mencuri wang di kaunter.
Menurut sumber polis, wanita itu masuk ke sebuah farmasi dan membeli satu barang yang berharga 20 Euro (RM 82). Dia menghulurkan 200 Euro kepada kakitangan ketika membuat pembayaran.
Liciknya, ketika kakitangan tersebut ingin menghulurkan baki wang kepada wanita tersebut, dia secara tiba-tiba menyelak bajunya dan mengeluarkan payudara sebelah kanan, menghala ke arah muka jurujual lalu memicitnya.
Tidak terhenti di situ, dia menghalakan payudaranya kepada kakitangan kedua dan melakukan perkara sama.
Ketika kejadian, staf dan pembeli yang menyaksikan kejadian terpaku kerana tidak menyangka tindakan wanita tersebut.
Selesai urusan jual beli tersebut, wanita yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 35 – 40 tahun itu terus beredar dari farmasi tersebut dalam keadaan payudara masih terdedah.
Setelah tersedar dari kejutan akibat insiden itu, kakitangan farmasi tersebut perasan yang 100 Euro hilang dari mesin.
Menurut jurucakap polis, Ferdinand Derigs, wanita tersebut cuba menimbulkan suasana terkejut sebagai taktik mencuri.
“Ini merupakan kes kecurian paling luar biasa, Kami tak pernah berhadapan lagi dengan kes seperti ini,” katanya lagi.
Wanita berbadan gempal dan digelar ‘The Milk Sprayer’ itu sedang dalam pemburuan pihak polis.
0 Response to "Wanita Guna Helah ‘Tembak’ Susu Badannya Untuk Curi Wang"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.