Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Trend Warnakan Bulu Ketiak Jadi Kegilaan Remaja Barat



SATU kegilaan terbaharu muncul di kalangan remaja Barat apabila mereka kini gemar mewarnakan bulu ketiak dengan pewarna rambut dan kemudiannya berkongsi gambar ‘unik’ itu di laman sosial Instagram masing-masing.

Pendandan rambut dari Seattle, Amerika Syarikat,  Roxie Hunt, dipercayai merupakan antara individu terawal yang mempopularkan trend tersebut, yang mana Roxie beranggapan wanita perlu berasa bangga dengan bulu ketiak mereka tanpa perlu mencukur ataupun menyembunyikannya.
Roxie memulakan eksperimen itu dengan mewarnakan bulu ketiak rakan sekerjanya, Rain, yang sukarela menjadi modelnya bagi projek tersebut dan kemudiannya berkongsi gambar-gambar Rain dengan bulu ketiak berwarna di laman blognya.
armpit
Selepas perkongsian gambar Rain, trend itu terus menambat hati sebilangan remaja yang kemudiannya turut mewarnakan bulu ketiak dengan warna pilihan mereka.
Antara warna yang menjadi pilihan kebanyakan mereka ialah warna biru, hijau dan merah jambu. –

armpit1
armpit2
armpit3
armpit4
armpit5

0 Response to "Trend Warnakan Bulu Ketiak Jadi Kegilaan Remaja Barat"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.