Sydney: Seorang wanita menghadapi tuduhan cuba membunuh selepas bayinya yang baru lahir ditemui menangis di dalam longkang di tepi jalan raya, kata polis semalam.
Setakat ini, polis percaya bayi terbabit terbiar di situ sejak lima hari lalu.
Beberapa pengayuh basikal terdengar tangisan bayi terbabit dari longkang sedalam 2.5 meter itu di pinggir laluan kecil di tepi lebuh raya awal pagi kelmarin.
Apabila dimaklumkan, polis bergegas ke tempat kejadian dan mengangkat penutup longkang itu, mereka menemui bayi terbabit yang dibalut selimut hospital.
Tali pusat bayi itu dipotong dan diklip.
0 Response to "Tangisan dalam longkang"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.