Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

‘Semua Pergi Sekelip Mata’



Pekan: "Tak tahu nak cakap apa...semuanya pergi sekelip mata," itu luahan Amir Daud, 31, selepas kehilangan isteri, Nor Azian Abdul Razak, 26, dari Kampung Baru Nenasi, dekat sini, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Pekan-Nenasi, di Jambatan Sungai Api-Api, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Kejadian jam 12.45 tengah hari itu turut mengorbankan dua anaknya, Mohd Amar Zikri, 2, dan Nor Damia Az-zahra, 1, yang meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan akibat cedera di kepala.

Sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan ke majlis perkahwinan saudara mereka di Kuala Pahang, di sini, bersama bapa Nor Azian, Abdul Razak Hussin, 66, yang memandu kenderaan itu serta ibunya, Bibi Nordin, 64.

Nor Azian maut di tempat kejadian manakala Mohd Amar meninggal dunia jam 11 malam pada hari sama, disusuli Nor Damia jam 1.30 petang semalam.

Amir berkata, dia mendapat tahu berhubung kemalangan itu melalui anak saudaranya, Mohd Haikal Halim, 15, ketika sedang bekerja sebagai pemandu di FELDA Perabong, dekat Rompin, sebelum bergegas pulang untuk melihat keadaan isteri dan dua anaknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

0 Response to "‘Semua Pergi Sekelip Mata’"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.