Rogol beramai-ramai di PD adalah Khabar Angin
UmFab
Port Dickson: Pihak polis hari ini menafikan yang mereka telah membuat tangkapan ke atas 35 lelaki kononnya terbabit kes rogol beramai-ramai lima gadis di sebuah HOTEL di Teluk Kemang di sini seperti yang telah di sebarkan kan di laman sosial Facebook dan juga Wechat
Berdasarkan khabar angin itu, polis menyerbu sebuah HOTEL pada jam 3 pagi selepas menerima maklumat berkenaan kejadian terbabit dan menahan semua suspek. Semua suspek dikatakan datang dari luar Port Dickson bagi menyambut 'Motoday' (Hari Motosikal) di sini selama dua hari bermula kelmarin.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima laporan kejadian itu.
"Polis menjalankan Ops Cantas Khas pada malam semalam (kelmarin) bagi mengawal kesesakan jalan raya dan memastikan pengguna mempunyai lesen dan dokumen perjalanan sah," katanya.
Katanya, pihaknya juga meronda di kawasan HOTEL yang dikatakan berlaku kejadian tetapi tidak menemui apa-apa bukti dikaitkan dengan kejadian.
Seorang penduduk tempatan Mohd Aidil Asraf Rahim, 22, menyatakan beliau ada terjumpa berita ini di facebook dan bertanyakan tentang kejadian ini.Ada yang mengatakan itu hanya khabar angin dan ada yang mengatakan betul.
Dari cerita rakan yang mangatakan betul,semua lelaki yang merogol kelima-lima perempuan itu sengaja ingin mengenakan mangsa kerana tidak mahu keluar dengan mereka jika menggunakan motosikal dan helmet jenis murah menyebabkan mereka berdendam, katanya yang tidak percaya khabar angin berkenaan.
Sementara itu, tinjauan mendapati sambutan Motorday menyebabkan jalan di sepanjang bandar ini sesak dengan ribuan motosikal dari seluruh negara.
0 Response to "Rogol beramai-ramai di PD adalah Khabar Angin"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.