Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Remaja lemas kerana selipar




Johor Bahru : Seorang remaja lemas ketika sedang memancing di Sungai Melana, Jalan Kejayaan 8, Taman Universiti di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Muhammad Ikhwan Syahmi Shalan, 14, bersama empat rakannya sedang memancing sebelum mangsa cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke sungai itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pasukan bomba dan penyelamat diarahkan ke tempat kejadian untuk mencari mangsa di dasar sungai.

"Selepas mangsa berjaya dibawa naik, pasukan perubatan mengesahkan remaja berkenaan sudah meninggal dunia.

"Mayat dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat," katanya.

0 Response to "Remaja lemas kerana selipar"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.