Kampala: Seorang pengasuh kini berada dalam tahanan polis selepas satu rakaman video menunjukkan dia menendang dan memijak seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang mengadu sakit ketika makan malam.
Pengasuh berkenaan, Jolly Tumuhiirwe, 22, ditahan selepas bapa Aneela Kamanzi, Erick Kamanzi menemui kesan lebam pada badan anaknya.
Kamanzi yang memasang kamera keselamatan di rumahnya terkejut melihat rakaman video yang menunjukkan anaknya diheret sebelum ditendang dan dipijak.
Laporan awal mendakwa Aneela mati akibat kejadian pada 15 November lalu, tetapi penyiasat mengatakan dia masih hidup dan kini semakin pulih daripada kecederaan.
Kamanzi kemudian dikatakan menyerang Tumuhiirwe dengan teruk.
0 Response to "Pengasuh ‘Dari Neraka’"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.