Siapa sangka, kesetiaan seekor anjing tak pernah padam menunggu pemiliknya muncul, walaupun pada hakikat sebenar, tuannya itu sudah meninggal dunia setahun lalu.
Masha, seekor anjing baka Brown Dachshund, datang ke Hospital Daerah Novosibirsk setiap hari selama dua tahun, semenjak tuannya dimasukkan ke sana.
Bertambah pilu, Masha merupakan satu-satunya pelawat yang datang menjenguk tuannya itu pada setiap waktu siang, dan kemudiannya pulang ke rumah untuk mengawasi kediaman milik tuannya itu pada sebelah malam.
Walau bagaimanapun, selepas setahun ditahan di hospital, akhirnya tuan kepada anjing tersebut menghembuskan nafas terakhir. Namun Masha, meneruskan rutin muncul setiap hari di hospital berkenaan selepas itu.
Ramai yang menduga, Masha masih menanti tuannya seperti dilakukan sejak setahun lalu, ataupun mungkin kerana dia sudah tidak punya tempat tinggal dan sesiapa lagi.
Kesetiaan Masha sangat meruntun hati para staf di hospital berkenaan, lantas mereka akan memastikan Masha mendapat tempat tidur yang selesa dan makanan mencukupi setiap kali dia tiba.
“Dia masih setia menunggu lelaki itu, tuannya,” ujar salah seorang jururawat, Alla Vorontsova.
Tambahnya lagi, “Baru-baru ini, ada sebuah keluarga cuba menjaganya, namun tak sampai sehari, dia melarikan diri dan kembali ke sini.”
Yang pasti, anjing merupakan haiwan yang setia dengan tuannya. Kisah seperti itu pernah diceritakan melalui filem Hachiko lakonan Richard Gere.
Filem tersebut merupakan adaptasi dari kisah benar yang terjadi di Jepun, di mana seekor anjing setia menanti tuannya yang sudah mati di sebuah stesen kereta api selama 10 tahun.
Kisah tersebut menjadi bualan hangat penduduk di situ dan akhirnya, sebuah tugu dibina bersempena memperingati kesetiaan Hachiko terhadap tuannya.
Naluri Masha yang sama seperti Hachiko menyebabkan dia digelar ‘Hachiko Rusia’.
0 Response to "Mengharukan.. Anjing Setia Menanti Tuan Yang Sudah Mati"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.