MELAMPAU dan sangat tidak berperikemanusiaan!
Seorang lelaki berusia 20-an sanggup memukul bapa mentuanya menggunakan cota hanya kerana bengang dengan mangsa yang tidak membeli barangan keperluan termasuk beras dan rokok.
Lebih kejam, menantu ‘gila’ tersebut turut menyimbah air panas kepada mangsa hingga menyebabkan mangsa, Mohd Noor Abdullah, 55, mengelupur kesakitan dalam insiden yang berlaku di Batu 18 1/4, Ayer Hitam, Muar ini.
Suspek yang tidak berperikemanusian kemudiannya sanggup membiarkan bapa mentuanya dalam keadaan kepala berlumuran darah dan melecur di badan.
Suspek dikatakan terus meninggalkan rumah bersama isteri dan dua anaknya dengan menggunakan kereta milik mangsa.
Mangsa yang dikenali sebagai Wak Jamil Gula terpaksa menahan kesakitan dan merangkak sejauh 20 meter ke rumah saudara terdekatnya untuk meminta bantuan kira-kira pukul 4 pagi.
Menurut laporan Harian Metro, biras mangsa Rubiah Manaf, 57, berkata, kejadian disedari beberapa saudara yang tinggal berhampiran selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong dari luar pintu rumahnya.
“Pada mulanya ahli keluarga lain yang tinggal berdekatan tidak berani menghulurkan bantuan kerana tahu sikap panas baran menantu Wak Jamil. Bagaimanapun, kerana tidak sanggup melihat dia merintih meminta tolong menyebabkan mereka membantunya.” ujarnya lagi.
Menantu kejam tersebut dikatakan tidak bekerja dan mempunyai sifat panas baran yang melampau.
Kini, mangsa sedang terlantar di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor.
0 Response to "Menantu ‘Gila’ Sanggup Simbah Air Panas Pada Bapa Mentua"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.