Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung di Sungai Tok Sardon, Kubang Semang di sini, hari ini.
Mayat terbabit ditemui pada 5 petang tadi oleh penduduk kampung yang menghubungi polis.
Menurut sumber, setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian mangsa.
"Anggota forensik masih berada di lokasi kejadian dan kita turut memanggil pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan mayat dalam sungai terbabit," katanya.
0 Response to "Mayat terapung di Sungai Tok Sardon"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.