Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Maut tersepit bawah tayar lori



Kuala Pilah: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan lori di Kilometer 1 Jalan Juasseh-Bahau, berhampiran masjid Kariah Juasseh, hari ini.


Kejadian jam 2 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Syazwan Mohfudz, 16, yang juga pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir, di sini, parah di kepala dan badan.

Menurut sumber, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC125 dari arah Bahau ke rumahnya di Taman Jemapoh Murni, Juasseh, cuba mengelak dua kereta di hadapannya yang berhenti secara mengejut, lalu bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.


Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tayar lori.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihaha (HTAN) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan kejadian.

0 Response to "Maut tersepit bawah tayar lori"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.