Mesti anda ada terbaca kisah empat kanak yang ditemui merayau-rayau di Sibu hingga mencetus kemarahan orang ramai hingga menjadi viral di laman sosial gara-gara didakwa dihalau oleh ibu bapa angkat mereka dan hanya membekalkan RM70 untuk kanak-kanak tersebut meneruskan hidup.
Insiden yang berlaku Sabtu lalu ini akhirnya terungkai apabila ibu angkat kanak-kanak tersebut membuat laporan polis Ahad lalu berkenaan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.
Makanya, tiadalah isu yang kononnya keluarga angkat tersebut tidak berkeperimanusian seperti yang didakwa oleh masyarakat yang begitu mudah mempercayai tanpa mengetahui hal yang sebenar.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.
Menurut laporan ibu angkat tersebut, ketika kejadian itu, wanita tersebut keluar sementara anak-anak angkatnya ditinggalkan di rumah, namun sebaik pulang beliau mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji telah dipecahkan.
Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, kesemua anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga.
Bagaimanapun, pelik juga mendengar laporan wanita tersebut kerana dia dengan mudah meninggalkan mereka tanpa penjaga, meskipun semua keperluan makanan disediakan seperti yang didakwa wanita tersebut.
Ibu angkat tersebut turut memberitahu pihak polis yang tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir. MYNEWSHUB
0 Response to "Kisah Sebenar ‘Empat Budak Yang Merayau’ "
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.