Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Khairy Jamaluddin Gesa Astro Tidak Lagi Naikkan Cas Yang Membebankan Rakyat Nak Tengok Bola


KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari telah membahaskan usul tentang cas yang dikenakan Astro yang didakwanya membebankan rakyat dan menggesa supaya pihak Astro tidak lagi menaikkan harga sesuka hati mereka.

Tegas beliau Astro bukanlah satu syarikat yang mendapat persaingan dari mana-mana syarikat untuk membolehkan Astro menaikkan harga sesuka hati tetapi Astro adalah syarikat Monopoli dimana tiada persaingan untuk Astro.

Menurut beliau rakyat Malaysia kalau hendak tengok bola sepak yang bersaing dalam Liga EPL terpaksa menyewa khidmat Astro dan bayaran yang dikenakan Astro amat tinggi dan membebankan menyababkan ramai yang tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Nak tengok pasukan yang terbaik di dunia, Manchester United.. (dewan kecoh) kena pakai Astro, nak tengok pasukan yang paling koman (tidak bagus), Chelsea (dewan semakin kecoh) kena tengok Astro.

“Jadi, saya mintalah kita bawa usul daripada anak muda. sudahlah nama dia monopoli, jangan... janganlah... janganlah menyusahkan rakyat dengan fee (Bayaran) yang tinggi,jangan naikkan fee lagi,” katanya.

Usul tersebut adalah usul spontan Khairy ketika menyampakai ucapan pembukaan bagi sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Khairy juga menyelar tindakan Astro yang melantik ejen yang mengutip hutang yang menggunakaan cara kasar untuk mengutip bayaran jika bil Astro tertunggak dan menyifatkan mereka seperti Ahlong walaupun hutang adalah sedikit.

“Ada yang datang ke rumah peghutang, datang dengan samseng ugut nak sita rumah, ugut nak rantai pintu rumah dan ugut nak guna kekerasan.

“Pemuda nak bagi amaran kepada tukang kutip hutang dan pelanggan mereka, nak kutip hutang tu kutiplah tapi jangan biadap,” katanya disambut sokongan perwakilan.- Siakapkeli.com.my

0 Response to "Khairy Jamaluddin Gesa Astro Tidak Lagi Naikkan Cas Yang Membebankan Rakyat Nak Tengok Bola"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.