Jenazah transgender Indonesia, Febri Adriansyah atau Mayang Prasetyo akhirnya tiba di kampung halamannya di Kelurahan Sukemenanti, Lampung hujung minggu lalu.
Sebagai mana dirancang jenazah dikebumikan di Taman Pemakaman Umum (TPU) Griliyo yang berjarak kira-kira 700 meter dari rumahnya.
Jenazah Mayang dikebumikan sebagai lelaki dengan batu nisan diukir nama sebenarnya, Febri Adriansyah.
Liang lahad sudah pun digali 15 hari sebelum jenazah tiba, namun berlaku sedikit kekecohan ketika keranda mahu diturunkan apabila liang lahad didapati terlalu sempit lalu terpaksa dilebarkan semula.
Sebelum itu, turut berlaku kekecohan apabila seorang penduduk kampung nyaris tergelincir ke dalam liang lahad tersebut yang amat licin gara-gara hujan lebat kebelakangan ini.
Sepanjang proses pengebumian, kawasan perkuburan dipenuhi esak tangis keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan mangsa termasuk puluhan transgender yang hadir.
Usai segalanya ibu mangsa, Nining Sukami melafazkan syukur kerana anaknya dapat dikebumikan seperti sepatutnya setelah penantian yang agak panjang.
Di atas kuburan, keluarga kemudiannya meletakkan foto Mayang saat masih menjadi Febri Adriansyah.
Febri Adriansyah, 27, atau dikenali sebagai Mayang Prasetyo ketika hayatnya, dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya, Markus Peter Volka, 28, warga Australia di kediaman mereka di Teneriffe, Brisbane pada Sabtu, 9 malam, 4 Oktober lalu.
Pembunuhan ini mencetuskan kegemparan kerana mayat Mayang diperlakukan dengan kejam apabila dikerat dan direbus di dalam periuk oleh suspek yang bekerja sebagai tukang masak.
Suspek bagaimanapun telah membunuh diri selepas kejadian dengan mengelar lehernya sendiri.
Mangsa baru enam bulan berpindah ke Brisbane, bagaimanapun Mayang dan Marcus didakwa sudah berkahwin tahun lalu.
Konsulat Jeneral Republik Indonesia masih menyiasat kesahihannya.
Sumber: Mynewshub
Sumber: Mynewshub
0 Response to "Kekecohan Di Kuburan Mayang, Transgender Mangsa Bunuh"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.