Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Kasih seorang Ibu



Kabul: Seorang ibu dilaporkan 'bangkit' daripada kesedihan kerana kematian anak lelakinya dengan mengangkat senjata untuk membalas dendam.



Sasaran kemarahan Reza Gul ialah militan Taliban yang bertanggungjawab membunuh anak lelakinya yang juga anggota polis.


Reza yang menetap di daerah Balabolok di wilayah Farah berkata, dia bergegas ke pondok polis berhampiran rumahnya selepas lokasi itu diserang pada 17 November lalu.


Menurutnya, dia menjerit kerana terlalu marah dan sedih apabila melihat anaknya, Safiullah, yang berkawal di pondok polis itu bersama rakan-rakannya ditembak mati.


Tanpa berfikir panjang, Reza berkata, dia terus mengambil tindakan nekad.

0 Response to "Kasih seorang Ibu"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.