Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Gadis Dibakar Selepas Gagal Dirogol



Uttar Pradesh: Seorang remaja perempuan telah mati dalam keadaan yang amat tragis di utara India selepas sekumpulan lelaki telah membakar mangsa hidup-hidup sebagai tanda balas dendam kerana gagal merogolnya sebelum itu.


Insiden itu adalah yang terbaru di India di mana serangan seks ke atas wanita terus berlaku hampir setiap hari walaupun bantahan antarabangsa sejak kes rogol dan bunuh melibatkan pelajar pada tahun 2012 lagi.

Polis telah menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian terbaru ini, kejadian berlaku apabila gadis yang berusia 15 tahun itu keluar rumah  dan terus ditangkap oleh mereka yang kemudian menarik mangsa ke dalam rumah kembali sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Mereka kemudian menyimbah gadis tersebut dengan minyak tanah dan menyalakan api keatas badannya sebagai tanda balas dendam di kampung Pangkalan Shahjahanpur, 277 kilometer ke tenggara New Delhi.



Menurut jurucakap polis, Encik Sahu, gadis tersebut telah dikejarkan ke hospital tetapi telah meninggal dunia dalam perjalanan kerana kecederan parah pada tubuhnya.

Polis masih memburu dua lagi tertuduh.

"Kesemua mereka tergolong dalam kampung yang sama dan adalah dari kasta yang sama dengan gadis itu," katanya

Sebelum ini telah berlaku protes besar-besaran di jalanan tanda meluahkan kemarahan dan menuntut undang-undang yang lebih keras oleh rakyat India apabila seorang gadis berusia 23 tahun telah dirogol dan dibunuh di dalam bas di New Delhi pada Disember 2012

Apa yang merisaukan mereka kes rogol di India seoah-olah perkara biasa sekarang kerana pasti ada kes tersebut terjadi setiap hari di merata tempat- Siakapkeli.com.my

0 Response to "Gadis Dibakar Selepas Gagal Dirogol"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.