Seremban – Hanya kerana permintaan wang daripada ibu tidak diberikan, seorang lelaki berusia 21 tahun menumbuk muka datuk saudaranya hingga mati ketika lelaki itu mahu meleraikan pergaduhan antara dua beranak berkenaan di sebuah rumah di Lorong 6, Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, petang semalam.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke rumahnya di daerah ini untuk meminta wang daripada ibunya, namun tidak diberikan.
Katanya, berang apabila permintaan tidak dipenuhi, suspek yang juga anak sulung daripada dua beradik memarahi ibunya sebelum datuk saudaranya berusia 60-an yang berada di rumah itu cuba meleraikan pergaduhan.
“Kerana marah datuk saudara mencampuri urusannya, suspek bertindak ganas menumbuk muka mangsa. Suspek yang kebetulan mempunyai sakit jantung mati di rumah berkenaan,” katanya. – myMetro Online
0 Response to "Cucu Kejam Tumbuk Datuk Sampai Mati"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.