Kota Bharu: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 22 tahun cedera dipukul penduduk kampung ketika cuba memecah kereta di Panji, Pengkalan Chepa, di sini 8.30 malam tadi.
Akibatnya, lelaki itu cedera di kepala dan menerima beberapa jahitan selain lebam di badan.
Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.
Difahamkan dalam kejadian itu, OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di bahagian kiri tangan cuba memecah sebuah kereta, namun disedari penduduk kampung yang bertindak memukulnya.
Bagaimanapun, ibu lelaki itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk kampung membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu tadi.
"Mereka tak patut pukul anak saya hingga cedera begini. Sepatutnya mereka rujuk kepada polis," katanya
Sumber : METROONLINE
0 Response to "Cedera dipukul cuba pecah kereta"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.