Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Budak cedera digilis bas



Butterworth: Seorang budak tahun satu parah selepas digilis bas sekolah dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, hari ini.


Ibu mangsa, Hayati Ismail, 41, berkata, kedua-dua belah paha anaknya Muaz Saedin, 7, cedera parah akibat dilenyek tayar bas sekolah dalam kejadian pada 2.10 petang itu.

"Sebelum kejadian saya pergi ke sekolah untuk mengambil Muaz namum rasa ada yang tidak kena selepas melihat ibu bapa di situ dalam keadaam cemas.

"Seorang daripada mereka menghampiri saya dan memaklumkan Muaz terbabit kemalangan dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh guru," katanya.

Dia yang juga kakitangan Jabatan Kewangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Balai Berita Perai berkata, sehingga 9 malam tadi doktor memaklumkan anaknya akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan kecederaan dialaminya agak serius. -METRO ONLINE


0 Response to "Budak cedera digilis bas"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.