Pendang: "Kami bersyukur bapa saudara (Taleb Daud, 70) terselamat selepas tergelincir ketika menuruni anak tangga rumah dua tingkat menyebabkan dia tenggelam.
"Mujur suami dan sepupu sempat menarik tangannya jika tidak tentu keadaan lebih buruk lagi," kata Wirdani Sulaiman, 36, antara enam sekeluarga yang terperangkap apabila rumah mereka dinaiki air sedalam dua meter di Kampung Tok Sedau, Jalan Sungai Tiang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi, air Sungai Pendang melimpah sebelum menenggelamkan dua rumah penduduk di kampung itu, manakala 13 rumah penduduk lain hanya mengalami banjir kilat.
Wirdani berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi ternakan mereka dipercayai terlepas dari sangkar akibat dihanyutkan arus deras.
Katanya, dia dan suami Hasbi Ismail, 45, mengejutkan dua anak Ramazani Hasbi, 5, dan Abzalul Zikri, 3, serta sepupu Mahamet Taleb, 45, dan bapanya Taleb kerana bimbang banjir bertambah buruk.
0 Response to "6 sekeluarga terperangkap banjir kilat"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.