Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Telan Garfu Untuk Tarik Perhatian

Radu Calincescu, 25

Seorang lelaki warga Romania membuat pertaruhan pelik iaitu dengan menelan garpu besi sebagai usaha menarik perhatian rakannya.


Akibat aksi yang dianggap sebagai 'bodoh' oleh portal berita antarabangsa, lelaki terbabit, Radu Calincescu, 25, terpaksa dikejarkan ke hospital di Bandar Bacau, Romania kerana mengadu terasa tercucuk di dalam perut.

Ketika tiba di hospital, Calincescu telah memberitahu doktor bahawa dia terasa sakit seperti sesuatu benda tercucuk di dalam perut tanpa mendedahkan tindakannya yang menelan garpu.

Doktor yang membuat imbasan x kemudiannya terkejut apabila mendapati garpu berada di dalam usuS Calincescu.

Hasil desakan doktor, Calincescu kemudian mengaku, "Saya bertaruh dengan kawan bahawa saya boleh menelan garpu tanpa sebarang kecederaan ke atas diri."

Calincescu kemudian diarahkan untuk pulang ke rumah tanpa sebarang pembedahan kerana doktor perlu menunggu jika garpu itu boleh keluar dengan sendiri bersama najisnya.

"Saya perlu berehat dalam beberapa hari dan menunggu jika garpu itu boleh keluar semula, tetapi saya takut jika ia menikam usus saya.

"Sekarang baru saya sedar telah melakukan satu aksi dan pertaruhan yang bodoh kerana ia mendatangkan masalah kepada diri sendiri," luahnya. -mStar

0 Response to "Telan Garfu Untuk Tarik Perhatian"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.