Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Suami “naik hantu”


Alor Setar: Seorang wanita menanggung kesakitan apabila dipukul dan ditolak sehingga jatuh oleh suaminya mengakibatkan tulang belakangnya patah dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Sentang, Utan Aji, Kangar, Perlis, Ahad lalu.



Dalam kejadian jam 12 tengah hari ketika umat Islam menyambut Aidiladha, mangsa berusia 50 tahun yang juga kakitangan sebuah syarikat percetakan mendakwa bukan saja dipukul dengan kejam, malah turut diherdik serta dimaki hamun suaminya berusia 55 tahun yang tiba-tiba 'naik hantu'.


Difahamkan, kejadian berpunca selepas suami mangsa menjumpai peralatan digunakan untuk kerja memasang paip di tempat pembakaran sampah berhampiran rumah dipercayai dibuang anak TUNGGAL lelaki mereka berusia tujuh tahun.


Lebih menyedihkan apabila pada jam 4 pagi keesokan harinya mangsa dipijak pula di muka, kaki dan tangan sehingga bengkak selain diseret keluar daripada bilik tidur hingga ke ruang tamu kerana dituduh mencarut walaupun ketika itu mangsa membaca surah Yasin.


Mangsa berkata, berikutan kejadian itu tulang belakangnya disahkan patah oleh doktor dan menjalani pembedahan yang menelan kos melebihi RM10,000 untuk memasukkan besi bagi memulihkan kesihatannya.

0 Response to "Suami “naik hantu”"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.