Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Saksi Kongsi Cerita Sayu Di Lokasi Kemalangan Terowong Menora

kemalangan di terowong menora

Mangsa nahas di susur keluar Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan, Allahyarham Norhayati Wook sempat mengadu sakit dan meminta tolong sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam nahas itu.

Detik menyayat hati itu dimaklumkan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama SuperYan Ahmad merupakan antara orang yang terawal tiba di tempat kejadian dan sempat cuba membantu memadam kebakaran SERTA  mengeluarkan mangsa.
Dia turut berkongsi video kesedihan mangsa Muhammad Yusriman yang begitu sedih ketika menelefon bapanya memaklumkan ibunya sudah meninggal dunia.
Saksi Kongsi Cerita Sayu Di Lokasi Kemalangan Terowong Menora
Saya berada di tempat kejadian, berlaku depan mata, lori dengan kegagalan brek menghentam kereta mereka dari belakang sampai terbakar.
“Kami bertungkus lumus nak keluarkan mangsa dan padamkan api. Arwah ibu lelaki ini masih bernafas dan mengadu sakit kepada saya,” katanya dalam komen berkenaan.
Mangsa yang meninggal dunia merupakan dua orang penumpang yang duduk di belakang kereta Proton Saga BLM berkenaan kerana kereta mereka remu dihempap tayar lori.
“Tayar lori itu betul-betul penyekkan kereta mereka, yang selamat pemandu, penumpang hadapan dan adik kecil mereka, saya pertama sampai dan nampak adik kecil minta tolong dan api mula marak,” katanya.
Beberapa buah lori dan bas yang melalui laluan itu terpaksa ditahan untuk meminta alat pemadam api dan air mineral untuk memadamkan kebakaran seterusnya menyelamatkan mangsa.

0 Response to "Saksi Kongsi Cerita Sayu Di Lokasi Kemalangan Terowong Menora "

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.